Pihak auditor SIRIM akan membuat pengesahan penilaian kendiri dan lawatan tapak berdasarkan kriteria pengurusan dan peningkatan kualiti yang ditetapkan. Untuk makluman YBhg. Prof./tuan/puan, Fakulti Sains telah dipilih sebagai salah sebuah PTJ yang akan dilawati (bagi Kategori QE/5S) oleh panel penilai. Penilaian dan lawatan tapak akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 13 Oktober 2014 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Fakulti Sains, UPM